Semasa zaman persekolahan dahulu, saya percaya perkataan yang sering didengar adalah jom hisap rokok bukannya jom berhenti merokok. Orang yang mungkin (kalau ada) berkata jom berhenti merokok adalah dari golongan “budak baik” di sekolah. Golongan pelajar yang merokok sentiasa merasakan mereka dari golongan yang “cool” Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar mengapa pelajar merokok. Masih ingatkah anda rokok pertama yang anda hisap dahulu ? Hari ini kita ingin membincangkan tentang punca-punca merokok.
Antara punca punca merokok (samada golongan pelajar atau dewasa) :
1- Terpengaruh dengan golongan “cool” di kaca TV atau media.
2- Bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
3- Pengaruh rakan sebaya yang mendesak individu terbabit supaya merokok. Jika tidak merokok, individu terbabit akan disisihkan.
4- Tiada kawalan dari ibu bapa. Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas mereka.
5- Ibu bapa sendiri yang merokok.
6- Memberontak. Remaja atau pelajar yang memberontak seperti marahkan guru akan tidak teragak-agak untuk menyalakan sebatang rokok.
7- Tekanan di tempat kerja.
Kepada yang rakan-rakan bukan perokok di luar sana, marilah kita mengajak orang yang disayangi atau rakan-rakan yang merokok supaya berhenti merokok. Katakan pada mereka jom berhenti merokok
Tags: berhenti merokok, jom berhenti merokok, punca punca merokok