Sudah Bersedia Untuk Berhenti Merokok ?

January 3, 2010

Saya tahu jika saya tanya soalan di atas atau cakap jom berhenti merokok, kebanyakan akan memberi alasan yang macam-macam. Tak kurang pula yang mengejek atau marah lepas dengar kata-kata jom berhenti merokok ni. Saya tahu sebab dah macam-macam jawapan saya dengar. Tapi saya nak tanya satu soalan yang jawapannya anda tak perlu cakap pada saya, anda fikirkan jawapannya, simpan dalam diri anda dan ingat sampai bila-bila. Soalannya mudah :

” Betul ke Anda Mahu Jadi Perokok Untuk Selama-lamanya ? “

Anda sendiri yang tahu jawapan soalan ini dan anda tak perlu beritahu saya. Nasihat saya hanya satu – bersedialah dari sekarang untuk berhenti merokok, belajar cara-cara berhenti merokok dengan betul, tanya orang yang dah berhenti macam mana mereka lakukan, dekatkan diri dengan mereka yang menghadapi kanser sebab merokok. Anda mungkin tanya kenapa nak bersedia kalau saya tak nak berhenti ? Jawapan saya mudah – rujuk balik jawapan soalan di atas dan satu lagi, jika anda tidak bersedia dari sekarang, di saat anda ingin berhenti merokok kelak, anda akan dapat berhenti dengan mudah sebab anda sudah tahu kaedahnya. Ramai orang gagal berhenti sebab tidak berhenti dengan cara betul dan akhirnya meneruskan tabiat merokok mereka.

Jadikan Tahun 2010 Tahun Berhenti Merokok

December 31, 2009

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua yang membaca blog ini. Mari kita sama-sama tanamkan azam tahun ini untuk terus berhenti dari jadi perokok. Jom berhenti merokok tahun 2010 ini dan ucapkan selamat tinggal pada rokok terakhir anda malam ini.

Buku Jom Berhenti Merokok

December 28, 2009

Buku Jom Berhenti Merokok

Penyelesaian Atau Pembaziran ?

Perhatian : Buku ini bukan saya yang tulis walaupun buku dan tajuk blog hampir-hampir sama.Saya tertarik untuk mengulas buku ini setelah buku ini hangat diperkatakan oleh sahabat-sahabat saya yang lain.

Ini adalah ulasan buku, untuk membaca dengan lebih lanjut tentang buku ini, sila klik di sini

Jika anda sedang membaca pos kali ini, persoalan-persoalan ini mungkin sedang bermain di fikiran anda :

1- Berkesankah teknik yang diperkenalkan oleh saudara Fariz Rizal ni?
2- Patutkah aku beli buku ni ?

Saya nasihatkan, sebelum anda membazirkan wang untuk membeli buku ini adalah baik sekiranya  anda baca dahulu apa yang saya akan tulis tentang buku ini. Kemudian anda tentukan sendiri  jika buku ini baik untuk anda atau sebaliknya. Saya tak mahu selepas anda beli buku ni, anda menyesal kerana buku ini tak sesuai dan tak berkesan pada diri anda. Saya tak mahu disebabkan anda menyesal, anda terus hilang semangat untuk terus cuba berhenti merokok.

Memandangkan saya seorang bekas perokok, saya cuba kaitkan dengan pengalaman berhenti merokok saya samaada cara berhenti merokok dalam buku tersebut benar-benar berkesan atau sebaliknya.

Anda sudah bersedia ? Jom kita tengok.

KELEBIHAN

Apa kelebihan yang anda akan jumpa dalam buku ini ? Secara ringkasnya, kelebihan-kelebihan buku ini:

1- Anda bakal membongkar rahsia mengapa selama ini anda sukar berhenti merokok.  Sebaik sahaja anda faham faktor-faktor penting yang menyukarkan anda, amat mudah untuk anda meneruskan usaha berhenti merokok. Saudara Fariz Rizal akan membawa anda melihat dari sudut yang unik yang mungkin tak pernah anda terfikir sebelum ini.

2- Anda akan ditunjukkan  satu persatu kaedah dan rahsia tersendiri saudara Fariz Rizal berhenti  merokok (termasuk tempoh pantang  3 minggu) Kaedah yang diterangkan amat jelas dan berdasarkan pengalaman saya berhenti merokok, sememangnya amat berkesan jika anda benar-benar ikut kaedah tersebut.

3- Anda juga akan didedahkan teknik untuk melawan keinginan untuk merokok semula dalam proses anda berhenti merokok. Kegagalan untuk melawan keingininan merokok semula inilah yang menyebabkan ramai gagal dalam perjuangan berhenti merokok.

Setelah membaca kelebihan-kelebihan di atas, mungkin anda ingin melawat website buku ini terlebih dahulu.

KEKURANGAN

Sememangnya semua benda atas dunia ini mempunyai pros and cons. Secara ringkasnya, kekurangan yang terdapat pada buku ini :

1- Teknik yang digunakan memakan masa sekurang-kurangnya 3 minggu. Jadi jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, buku ini mungkin bukan jawapannya.

2- Buku ini berharga RM30, mungkin agak sukar bagi golongan yang tidak berkemampuan.

3- Tiada tips spesifik untuk golongan tertentu perokok – perokok hardcore, perokok sosial , perokok baru, dan sebagainya.

KESIMPULAN

Setelah meneliti buku ini boleh saya katakan bahawa teknik-teknik yang diperkenalkan oleh saudara Rizal jauh lebih berkesan dan jauh lebih mudah  dari cara saya gunakan untuk berhenti merokok. Buku ini berharga RM30 dan mungkin agak membebankan bagi sesetengah yang tidak berkemampuan.  Jika anda tanya saya, jawapan saya ringkas – mengapa tidak? Ini kerana wang yang dibelanjakan untuk merokok jauh berkali-kali ganda tinggi dari harga buku  ini. Buku ini mungkin (atau mungkin tidak?) boleh menyelesaikan masalah ketagihan rokok, siapa tahu ? Jadi terpulang pada anda untuk tentukan samaada buku ini sesuai atau tidak.

Hampir terlupa saya tentang satu perkara penting yang patut saya kongsikan bersama anda. Kebanyakan perokok GAGAL untuk berhenti merokok kerana mereka tidak berhenti dengan cara yang betul. Samaada anda belajar dari buku ini atau dari sumber-sumber lain,  pastikan anda berhenti dengan cara betul. Caranya mudah – pastikan ada orang telah berjaya berhenti merokok dengan kaedah yang anda  pilih. Jika tidak anda akan sentiasa gagal dan akan hilang keinginan untuk berhenti merokok.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku Jom Berhenti Merokok ini, sila baca di sini.

p/s: jika anda bukan perokok, mungkin anda ingin hadiahkan buku ini kepada orang yang anda sayangi yang masih belum berhenti merokok atau anda mungkin boleh belajar cara-cara yang disebutkan untuk membantu orang yang anda sayangi berhenti merokok.

Rokok? Berhenti Sebelum Terlambat

December 28, 2009

Jika anda melihat rakan-rakan anda sedang asyik menghisap rokok jangan segan silu untuk mengatakan jom berhenti merokok . Kalau anda berulang kali mengajak mereka untuk berhenti merokok, siapa tahu suatu hari nanti salah seorang dari mereka benar-benar berhenti merokok.

Kali ini saya ingin membawa anda melihat kisah Bryan Curtis yang meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh menyedihkan. Bayangkan dia telah merokok sejak dia berusia 13 tahun. Anda dapat melihat dengan sendiri kesan rokok terhadap dirinya. Sama-sama kita hayati video ini :

Jangan biarkan rokok menghancurkan diri anda seperti mana yang berlaku pada Bryan. Jom berhenti merokok sebelum anda nazak seperti Bryan Curtis.

Punca Punca Merokok

December 27, 2009

Semasa zaman persekolahan dahulu, saya percaya perkataan yang sering didengar adalah jom hisap rokok bukannya jom berhenti merokok. Orang yang mungkin (kalau ada) berkata jom berhenti merokok adalah dari golongan “budak baik” di sekolah. Golongan pelajar yang merokok sentiasa merasakan mereka dari golongan yang “cool” Pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar mengapa pelajar merokok. Masih ingatkah anda rokok pertama yang anda hisap dahulu ? Hari ini kita ingin membincangkan tentang punca-punca merokok.

Antara punca punca merokok (samada golongan pelajar atau dewasa) :

1- Terpengaruh dengan golongan “cool” di kaca TV atau media.

2- Bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

3- Pengaruh rakan sebaya yang mendesak individu terbabit supaya merokok. Jika tidak merokok, individu terbabit akan disisihkan.

4- Tiada kawalan dari ibu bapa. Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas mereka.

5- Ibu bapa sendiri yang merokok.

6- Memberontak. Remaja atau pelajar yang memberontak seperti marahkan guru akan tidak teragak-agak untuk menyalakan sebatang rokok.

7- Tekanan di tempat kerja.

Kepada yang rakan-rakan bukan perokok di luar sana, marilah kita mengajak orang yang disayangi atau rakan-rakan yang merokok supaya berhenti merokok. Katakan pada mereka jom berhenti merokok

Bahaya Merokok

December 27, 2009

Tahukah anda apa bahaya merokok ? Jika anda sudah tahu, jom berhenti merokok ! Saya percaya ramai antara anda yang sedia maklum tentang kesan merokok tetapi masih meneruskan tabiat merokok. Saya juga faham tidak mudah untuk berhenti merokok dengan sekelip mata. Jika saya katakan begini pada anda jom berhenti merokok, sudah pasti ada antara anda yang mengatakan nanti saya berhenti, tapi bukan sekarang.

Sebelum ini, saya juga ada bincangkan cara membangkitkan kesedaran anda tentang bahaya merokok. Jika anda lakukan tiga langkah yang saya cadangkan tersebut, keinginan untuk berhenti merokok akan timbul. Membangkitkan kesedaran adalah salah satu cara berhenti merokok kerana jika kita tidak sedar kenapa mesti berhenti, ramai yang tidak akan berhenti. Saya akan kupas cara berhenti merokok pada pos yang akan datang kerana kali ini saya ingin membincangkan secara spesifik tentang kesan merokok.

Antara bahaya-bahaya yang mesti anda tahu :

Bahaya Merokok #1
Asap rokok bukan sebarang asap. Asap rokok mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan anda. Jika anda buat search di internet berkenaan kandungan sebatang rokok, anda akan dapati rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Antara contoh bahan kimia yang terdapat pada sebatang rokok adalah seperti ammonia, butane, toluene, tar, nicotine, benzopyrene, pyrene, arsenic.Kebanyakan bahan-bahan ini adalah bersifat karsogenik yang boleh mendatangkan kanser.

Bahaya Merokok #2
Pernahkah anda melihat pesakit yang diserang strok? Kalau anda pernah, tahukah anda merokok boleh memudahkan anda mendapat strok ? Saya bukan hendak menakut-nakutkan anda tetapi supaya anda tahu risiko yang bakal anda hadapi apabila anda menyalakan sebatang rokok. Rokok mempunyai nikotin yang boleh menyempitkan saluran darah, sekaligus menyukarkan aliran darah dalam saluran darah yang telah rosak tersebut. Apabila salur darah di bahagian otak tersumbat, otak tidak menerima oksigen dari darah sekaligus menyebabkan individu terbabit diserang strok.

Bahaya Merokok #3
Rokok juga memudahkan anda mendapat serangan sakit jantung. Mengapa berlakunya serangan sakit jantung boleh dikaitkan dengan konsep yang dibincangkan sebelum ini (point no 2)

Bahaya Merokok #4
Risiko untuk mendapat kanser terutamanya kanser paru-paru amatlah tinggi. Ini kerana bahan kimia yang disedut bersifat karsogenik. Bahan-bahan kimia perosak ini akan merosakkan sistem respirasi perokok semasa asap rokok melalui sistem respirasinya.

Bahaya Merokok #5
Jika anda merupakan perokok hardcore, jangan terkejut jika suatu hari anda mati pucuk. Ya, merokok boleh menyebabkan anda mati pucuk dan mengganggu kehidupan seks anda.

Bahaya Merokok #6
OK ini adalah kesan merokok yang paling dasyat. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. Ketagihan bermaksud anda tidak dapat berjauhan dengan rokok walaupun seketika. Ketagihan ini sebenarnya berpunca dari nikotin dalam rokok yang dihisap. Ketagihan merokok juga bermaksud risiko yang dibincangkan di atas akan sentiasa “dekat” dengan anda.

Percayalah, masih tidak terlambat lagi buat anda untuk berhenti merokok. Jika anda memulakan langkah hari ini, anda pasti berjaya. Sesuatu benda tidak akan terjadi dengan sendiri kecuali anda mula melakukannya. Rakan-rakan perokok sekalian, masa tidak menunggu kita, jom berhenti merokok sebelum salah satu dari “bahaya rokok” di atas benar-benar terjadi pada diri anda (harap-harap tidak)

Jom Berhenti Merokok – Kenapa Mesti Berhenti ?

December 26, 2009

Jika anda diajak oleh rakan anda “jom berhenti merokok” , apa jawapan anda? Jika anda menonton iklan bahaya rokok, apa reaksi anda? Iklan tentang bahaya merokok atau mempunyai mesej jom berhenti merokok sememangnya banyak dan terdapat di mana-mana. Jika anda memandu di jalan raya, anda mungkin terserempak dengan papan iklan besar menayangkan iklan “Tak Nak Merokok” Jika anda menonton televisyen, anda pasti sebak melihat mangsa-mangsa merokok dalam iklan yang disiarkan. Semua iklan-iklan tersebut adalah semata-mata untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok. Mesejnya sama, jom berhenti merokok .Namun begitu, yang peliknya jumlah perokok di Malaysia tidak menunjukkan sebarang penurunan sebalikknya menunjukkan peningkatan. Samaada iklan tersebut berkesan atau sebaliknya, kita semua tidak tahu. Hanya golongan perokok sendiri yang mampu menjawab persoalan tersebut. Hari ini kita ingin membawa anda balik kepada persoalan asas – kenapa mesti berhenti merokok ? Jika anda bukan perokok mungkin anda boleh berkongsi apa yang dimuatkan di sini dengan rakan-rakan atau orang yang amat rapat dengan anda. Moga-moga mereka dapat manfaat dan semestinya harapan paling besar adalah supaya berhenti merokok untuk selama-lamanya.

Antara alasan mengapa anda mesti hentikan tabiat merokok anda hari ini :

1- Merokok membahayakan kesihatan. Semua orang tahu tentang perkara ini. Malah, bahaya merokok inilah yang menyebabkan pihak-pihak tertentu bersungguh-sungguh membuat segala bentuk kempen dan iklan untuk membawa kesedaran kepada orang ramai. Tetapi mesej yang cuba disampaikan dipandang remeh oleh golongan perokok hardcore. Mungkin juga mereka tidak jelas dengan apa yang dikatakan dengan “bahaya rokok”. Baiklah, hari ini saya akan cuba bawa kesedaran tersebut langkah demi langkah. Pertama, saya mahu anda jawab soalan ini – pernahkah anda demam atau mengalami sakit-sakit tertentu – sakit gigi, sakit perut, H1N1 ? Kedua, saya mahu anda imbas kembali saat-saat ketika anda sakit. Perit bukan ? Sekiranya anda pernah mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kematian contohnya denggi atau H1N1, apa perasaan anda ketika itu ? Takut ? Perit ? Serik? Saya mahu anda imbas kembali. Ketiga, bayangkan sekarang anda sedang menderita disebabkan penyakit kanser akibat tabiat merokok anda. Saya tidak pernah mengalaminya dan anda pun tidak pernah mengalaminya, jadi cuba anda gandakan berkali-kali perasaan “sakit” dalam langkah dua tadi. Sebabnya mudah, kanser boleh membawa maut dan merupakan satu keajaiban jika berjaya disembuhkan. Jika anda masih tidak dapat bayangkan, anda pergi ke hospital dan melawat pesakit-pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. (Lawatan anda ke hospital mungkin bukan sahaja membuatkan anda mahu berhenti merokok tetapi insaf untuk banyak benda) Saya harap 3 langkah ini dapat menyedarkan anda tentang apa yang dimaksudkan merokok membahayakan kesihatan.

2- Harga rokok semakin mahal dan untuk mengekalkan tabiat merokok ini, anda perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk perkara yang tidak mendatangkan nilai. Dalam bahasa mudahnya, jika anda tidak berhenti merokok, anda akan membazir lebih banyak wang ringgit. Jika wang tersebut boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah atau buku-buku untuk anak-anak, kenapa mesti dibazirkan begitu sahaja dengan merokok? Jom berhenti merokok supaya anda  dapat jimat duit anda dan gunakannya untuk perkara yang membawa nilai pada diri anda dan keluarga.

3-Jangan biarkan orang yang anda sayangi mengalirkan air mata disebabkan apa yang akan berlaku pada anda. Orang di sekeliling anda saya sememangnya menyangi anda- terutamanya ahli keluarga terdekat anda. Sanggupkah anda melihat anak-anak anda atau isteri anda berada di sisi katil hospital anda dengan linangan air mata tanda betapa sayangnya mereka terhadap anda ? Anda tahu jawapannya. Saya sendiri pernah melihat bagaiman ibu saya teresak-esak di sisi saya di hospital selepas saya sedar dari kemalangan jalan raya. Perasaan saya ? Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata ! Jika anda tidak sanggup melihat linangan air mata mereka, apa yang anda tunggu lagi, jom berhenti merokok !

Anda sudah baca 3 alasan di atas. Jadi soalan saya yang terakhir, anda mahu meneruskan tabiat merokok anda atau berhenti merokok sekarang juga? Bila saya tanya rakan-rakan saya soalan ini, mereka akan menjawab mereka secara jujurnya mahu berhenti merokok. Sebabnya amat jelas – mereka tidak mahu perkara-perkara yang dibincangkan di atas berlaku dalam hidup mereka. Namun begitu, mereka menyatakan secara ikhlas walaupun jauh di sudut hati mereka mahu hentikan tabiat merokok, mereka merasakan agak sukar dan sudah gagal beberapa kali dalam perjalanan mereka untuk berhenti merokok. Saya tahu anda juga mengalami situasi yang sama. Tidak mengapa, kita akan bincangkan dengan selanjutnya perkara ini dalam artikel yang akan datang.

Yang penting, keinginan untuk berhenti merokok mesti ada dalam diri anda… Jangan lupa untuk mengajak rakan-rakan perokok anda untuk berhenti merokok. Katakan pada mereka – jom berhenti merokok sebelum terlambat😉