Jom Berhenti Merokok – Kenapa Mesti Berhenti ?

Jika anda diajak oleh rakan anda “jom berhenti merokok” , apa jawapan anda? Jika anda menonton iklan bahaya rokok, apa reaksi anda? Iklan tentang bahaya merokok atau mempunyai mesej jom berhenti merokok sememangnya banyak dan terdapat di mana-mana. Jika anda memandu di jalan raya, anda mungkin terserempak dengan papan iklan besar menayangkan iklan “Tak Nak Merokok” Jika anda menonton televisyen, anda pasti sebak melihat mangsa-mangsa merokok dalam iklan yang disiarkan. Semua iklan-iklan tersebut adalah semata-mata untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok. Mesejnya sama, jom berhenti merokok .Namun begitu, yang peliknya jumlah perokok di Malaysia tidak menunjukkan sebarang penurunan sebalikknya menunjukkan peningkatan. Samaada iklan tersebut berkesan atau sebaliknya, kita semua tidak tahu. Hanya golongan perokok sendiri yang mampu menjawab persoalan tersebut. Hari ini kita ingin membawa anda balik kepada persoalan asas – kenapa mesti berhenti merokok ? Jika anda bukan perokok mungkin anda boleh berkongsi apa yang dimuatkan di sini dengan rakan-rakan atau orang yang amat rapat dengan anda. Moga-moga mereka dapat manfaat dan semestinya harapan paling besar adalah supaya berhenti merokok untuk selama-lamanya.

Antara alasan mengapa anda mesti hentikan tabiat merokok anda hari ini :

1- Merokok membahayakan kesihatan. Semua orang tahu tentang perkara ini. Malah, bahaya merokok inilah yang menyebabkan pihak-pihak tertentu bersungguh-sungguh membuat segala bentuk kempen dan iklan untuk membawa kesedaran kepada orang ramai. Tetapi mesej yang cuba disampaikan dipandang remeh oleh golongan perokok hardcore. Mungkin juga mereka tidak jelas dengan apa yang dikatakan dengan “bahaya rokok”. Baiklah, hari ini saya akan cuba bawa kesedaran tersebut langkah demi langkah. Pertama, saya mahu anda jawab soalan ini – pernahkah anda demam atau mengalami sakit-sakit tertentu – sakit gigi, sakit perut, H1N1 ? Kedua, saya mahu anda imbas kembali saat-saat ketika anda sakit. Perit bukan ? Sekiranya anda pernah mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kematian contohnya denggi atau H1N1, apa perasaan anda ketika itu ? Takut ? Perit ? Serik? Saya mahu anda imbas kembali. Ketiga, bayangkan sekarang anda sedang menderita disebabkan penyakit kanser akibat tabiat merokok anda. Saya tidak pernah mengalaminya dan anda pun tidak pernah mengalaminya, jadi cuba anda gandakan berkali-kali perasaan “sakit” dalam langkah dua tadi. Sebabnya mudah, kanser boleh membawa maut dan merupakan satu keajaiban jika berjaya disembuhkan. Jika anda masih tidak dapat bayangkan, anda pergi ke hospital dan melawat pesakit-pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. (Lawatan anda ke hospital mungkin bukan sahaja membuatkan anda mahu berhenti merokok tetapi insaf untuk banyak benda) Saya harap 3 langkah ini dapat menyedarkan anda tentang apa yang dimaksudkan merokok membahayakan kesihatan.

2- Harga rokok semakin mahal dan untuk mengekalkan tabiat merokok ini, anda perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk perkara yang tidak mendatangkan nilai. Dalam bahasa mudahnya, jika anda tidak berhenti merokok, anda akan membazir lebih banyak wang ringgit. Jika wang tersebut boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah atau buku-buku untuk anak-anak, kenapa mesti dibazirkan begitu sahaja dengan merokok? Jom berhenti merokok supaya anda  dapat jimat duit anda dan gunakannya untuk perkara yang membawa nilai pada diri anda dan keluarga.

3-Jangan biarkan orang yang anda sayangi mengalirkan air mata disebabkan apa yang akan berlaku pada anda. Orang di sekeliling anda saya sememangnya menyangi anda- terutamanya ahli keluarga terdekat anda. Sanggupkah anda melihat anak-anak anda atau isteri anda berada di sisi katil hospital anda dengan linangan air mata tanda betapa sayangnya mereka terhadap anda ? Anda tahu jawapannya. Saya sendiri pernah melihat bagaiman ibu saya teresak-esak di sisi saya di hospital selepas saya sedar dari kemalangan jalan raya. Perasaan saya ? Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata ! Jika anda tidak sanggup melihat linangan air mata mereka, apa yang anda tunggu lagi, jom berhenti merokok !

Anda sudah baca 3 alasan di atas. Jadi soalan saya yang terakhir, anda mahu meneruskan tabiat merokok anda atau berhenti merokok sekarang juga? Bila saya tanya rakan-rakan saya soalan ini, mereka akan menjawab mereka secara jujurnya mahu berhenti merokok. Sebabnya amat jelas – mereka tidak mahu perkara-perkara yang dibincangkan di atas berlaku dalam hidup mereka. Namun begitu, mereka menyatakan secara ikhlas walaupun jauh di sudut hati mereka mahu hentikan tabiat merokok, mereka merasakan agak sukar dan sudah gagal beberapa kali dalam perjalanan mereka untuk berhenti merokok. Saya tahu anda juga mengalami situasi yang sama. Tidak mengapa, kita akan bincangkan dengan selanjutnya perkara ini dalam artikel yang akan datang.

Yang penting, keinginan untuk berhenti merokok mesti ada dalam diri anda… Jangan lupa untuk mengajak rakan-rakan perokok anda untuk berhenti merokok. Katakan pada mereka – jom berhenti merokok sebelum terlambat😉

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: