Bahaya Merokok

Tahukah anda apa bahaya merokok ? Jika anda sudah tahu, jom berhenti merokok ! Saya percaya ramai antara anda yang sedia maklum tentang kesan merokok tetapi masih meneruskan tabiat merokok. Saya juga faham tidak mudah untuk berhenti merokok dengan sekelip mata. Jika saya katakan begini pada anda jom berhenti merokok, sudah pasti ada antara anda yang mengatakan nanti saya berhenti, tapi bukan sekarang.

Sebelum ini, saya juga ada bincangkan cara membangkitkan kesedaran anda tentang bahaya merokok. Jika anda lakukan tiga langkah yang saya cadangkan tersebut, keinginan untuk berhenti merokok akan timbul. Membangkitkan kesedaran adalah salah satu cara berhenti merokok kerana jika kita tidak sedar kenapa mesti berhenti, ramai yang tidak akan berhenti. Saya akan kupas cara berhenti merokok pada pos yang akan datang kerana kali ini saya ingin membincangkan secara spesifik tentang kesan merokok.

Antara bahaya-bahaya yang mesti anda tahu :

Bahaya Merokok #1
Asap rokok bukan sebarang asap. Asap rokok mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan anda. Jika anda buat search di internet berkenaan kandungan sebatang rokok, anda akan dapati rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Antara contoh bahan kimia yang terdapat pada sebatang rokok adalah seperti ammonia, butane, toluene, tar, nicotine, benzopyrene, pyrene, arsenic.Kebanyakan bahan-bahan ini adalah bersifat karsogenik yang boleh mendatangkan kanser.

Bahaya Merokok #2
Pernahkah anda melihat pesakit yang diserang strok? Kalau anda pernah, tahukah anda merokok boleh memudahkan anda mendapat strok ? Saya bukan hendak menakut-nakutkan anda tetapi supaya anda tahu risiko yang bakal anda hadapi apabila anda menyalakan sebatang rokok. Rokok mempunyai nikotin yang boleh menyempitkan saluran darah, sekaligus menyukarkan aliran darah dalam saluran darah yang telah rosak tersebut. Apabila salur darah di bahagian otak tersumbat, otak tidak menerima oksigen dari darah sekaligus menyebabkan individu terbabit diserang strok.

Bahaya Merokok #3
Rokok juga memudahkan anda mendapat serangan sakit jantung. Mengapa berlakunya serangan sakit jantung boleh dikaitkan dengan konsep yang dibincangkan sebelum ini (point no 2)

Bahaya Merokok #4
Risiko untuk mendapat kanser terutamanya kanser paru-paru amatlah tinggi. Ini kerana bahan kimia yang disedut bersifat karsogenik. Bahan-bahan kimia perosak ini akan merosakkan sistem respirasi perokok semasa asap rokok melalui sistem respirasinya.

Bahaya Merokok #5
Jika anda merupakan perokok hardcore, jangan terkejut jika suatu hari anda mati pucuk. Ya, merokok boleh menyebabkan anda mati pucuk dan mengganggu kehidupan seks anda.

Bahaya Merokok #6
OK ini adalah kesan merokok yang paling dasyat. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. Ketagihan bermaksud anda tidak dapat berjauhan dengan rokok walaupun seketika. Ketagihan ini sebenarnya berpunca dari nikotin dalam rokok yang dihisap. Ketagihan merokok juga bermaksud risiko yang dibincangkan di atas akan sentiasa “dekat” dengan anda.

Percayalah, masih tidak terlambat lagi buat anda untuk berhenti merokok. Jika anda memulakan langkah hari ini, anda pasti berjaya. Sesuatu benda tidak akan terjadi dengan sendiri kecuali anda mula melakukannya. Rakan-rakan perokok sekalian, masa tidak menunggu kita, jom berhenti merokok sebelum salah satu dari “bahaya rokok” di atas benar-benar terjadi pada diri anda (harap-harap tidak)

About these ads

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: